Cikrafidah's Weblog

macam-macam ada..

5 Laman web yang berkaitan dengan pendidikan Islam ialah: September 27, 2008

http://pendidikanislam.com

Melalui laman web ini saya telah mendapati bahawa ia merupakan satu laman web yang bagus dan sangat berguna kepada semua lapisan masyarakat yang hendak mengetahui perkara yang berkaitan dengan Islam.  Ibu bapa juga boleh memperolehi tip-tip untuk mendidik anak-anak tentang ilmu dunia tidak kira dari aspek mana sekalipun. Pendek kata laman web ini cukup berguna untuk dijadikan panduan dan rujukan kepada kita. Selain daripada itu, laman ia juga banyak memberi manfaat kepada para guru terutama yang mengajar mata pelajaran pedidikan Islam. Banyak ilmu dan input yang boleh digunapakai dalam proses pembelajaran.Antara yang boleh digunapakai oleh para guru ialah:

*      Konsep pendidikan islam

*      Falsafah pendidikan islam

*      Kaedah pengajaran pendidikan islam

*      Persediaan untuk mengajar

*      Senarai kursus

*      Pendidikan dan pengajaran al-quran

http://www.gemaislam.com

Laman web gemaislam juga salah satu laman web yang berkaitan dengan pendididikan islam. Banyak kandungannya. Laman web ini juga amat berguna dan memberi manfaat terutamanya kepada guru pendidikan islam. Di dalamnya ada dinyatakan kaedah apengajaran tulisan jawi sama ada dari segi tulisan, ejaan dan sebagainya. Selain daripada itu, laman web gemaislam turut menawarkan pelbagai lagi ilmu yang lain yang semestinya boleh dijadikan rujukan oleh kita sebagai umat islam terutamanya.

 

http://jais.gov.my

Jabatan Agama Islam Malaysia juga turut memiliki laman web yang ada terselit unsur pendidikan. Seperti yang diketahui, JAIS yang merupakan jabatan agama telah banyak menganjurka pelbagai kursus sebagai cara untuk menambah pengetahuan dan memantapkan ilmu yang ada. Namun, laman web JAIS juga ada ruang pendidikan iaitu melaui portal e-Taalim.  Sealain dari itu juga kita boleh bertanya tentang apa –apa kemusykilan tentang agama. Di laman web JAIS juga kita boleh memuat turun khutbah-khutbah, teks ceramah dan banyak lagi.

http://www.dipertais.net/06/profilarab

Laman web profil arab amat sesuai bagi guru-guru yang mengajar subjek bahasa arab sama ada diperingkat sekolah rendah, menengah mahupun IPT. Di dalamnya terdapat cara- cara untuk belajar bahasa arab disamping memaparkan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan bahasa arab. Semuanya amat sesuai untuk dipelajari dan dimiliki setiap pelajar.

 

http://studiying-islamic.org

Laman web studiying-islamic memaparkan cara-cara untuk mendalami ilmu tentang islam. Ia amat bersesuaian terutama kepada golongan bukan islam yang memeluk agama islam. Selain daripada itu, guru pendidikan islam juga boleh melayari dan mengaplikasikan apa yang terkandung di dalamnya sebagai cara untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran .

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s